Friday, October 30, 2015

Tips Menggunakan PTPTN Dengan Dinar Emas

Secara majoritinya mahasiswa menggunakan pinjaman PTPTN untuk pembiayaan pengajian mereka. Akan tapi sejauh manakah pinjaman PTPTN ini digunakan dengan berhemah? Pada pandangan saya, kebanyakan mahasiswa menggunakan separuh dari pinjaman setelah membayar yuran pengajian mereka membelanjakan pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Tidak cukup dengan membeli handpone yang canggih-canggih, ada yang belanja awek la, modified motosikal, berfoya-foya, beli barang-barang yang tidak berfaedah dan sebagainya. Sepatutnya perlulah beringat bahawa pinjaman yang diberikan perlulah diuruskan dengan berhemah. Janganlah sewenang-wenangnya menggunakan pinjaman tersebut pada tempat yang tak sepatutnya. Anda sebagai mahasiswa masih lagi, belum lagi tiba masanya untuk anda bergaya dengan benda-benda camni.

Oleh yang demikian, sedikit nasihat dari saya sebagai bekas mahasiswa dan pernah melalui zaman belajar, janganlah anda menggunakan pinjaman PTPTN pada perkara yang tidak berfaedah. Tumpukan kepada pengajian dan gunakanlah wang yang dipinjamkan oleh kerajaan ke arah yang lebih berfaedah serta memberikan hasil kepada anda selepas tamat pengajian nanti.

Sedikit perkongsian dari saya. Saya rasa terkilan apabila tidak didedahkan dengan sesuatu yang bernilai bagi melindungi duit pengajian dari terhakis, anda masih lagi belum terlambat seperti saya. Sebagai mahasiswa, anda perlu bijak menguruskan pinjaman tersebut dengan baik. Contohnya di sini, anda boleh laburkan 20%-30% wang pinjaman setiap semester kepada emas. Mengapa saya pilih emas? Ini kerana emas merupakan aset dan pelaburan yang mempunyai nilai yang tinggi dan selamat. Ok mari kita lihat pengiraan yang saya buat di bawah ini.

Sebagai contoh pengiraan:-
 Pinjaman PTPTN setiap semester ialah RM 3500.
20% – 30% dari RM 3500= RM 700 (20%) – RM 1050 (30%) dari RM3500.
Harga 1 dinar emas sekarang (16/8/2012) ialah RM 710.

Setiap semester, laburkan 20% – 30% itu untuk membeli emas. Dalam kes ini, anda dapat membeli dan mengumpul emas 1 dinar setiap semester. Katakan tempoh pengajian anda ialah 8 semester dan jika anda tertib mengumpul dan sabar(berkorban dari berseronok), selepas tamat belajar anda dapat mengumpul sebanyak 8 dinar.

Sekarang ialah tahun 2012 dan anggaran anda tamat belajar ialah pada tahun 2016.Kenaikan harga emas selepas 4 tahun ialah 80% dengan andaian purata kenaikan harga emas ialah 20% setiap tahun.Jadi, setiap 1 dinar emas anda pada awal tahun 2017 ialah, RM 710 x 80% = RM 1278 Anda dah kumpul 8 dinar semasa belajar di universiti dan selepas tamat belajar iaitu pada tahun 2017, nilai dinar emas anda ialah, 8 dinar x RM 1278 = RM 10224.

Nah lihatlah berapa hasilnya setelah anda berkorban sedikit semasa belajar dari bergaya dan membelanjakan pinjaman anda pada tempat yang tidak sepatutnya. RM 10224 telah anda kumpul.Sekiranya anda ingin menggunakan duit setelah bersusah payah mengumpul/melabur dinar emas tadi anda bolehlah jual semula dinar emas tu kepada saya atau Public Gold ataupun mana-mana Kedai Emas yang lain. Ingat..ape yang anda kumpul itu adalah emas.. Jadi, dimana-mana emas ini tetap bernilai dan boleh dijual semula di mana sahaja pada bila-bila masa.

Nasihat saya, kumpullah emas sebanyak mana dan simpanlah selama yang mungkin selagi tidak terdesak untuk pakai duit. Kerana EMAS JIKA DISIMPAN LAMA MAKIN MAHAL.Jika ada apa-apa persoalan, boleh jer email atau call saya terus. InsyaAllah, saya bantu setakat yang boleh. 

p/s :- Ini ada cadangan baik punya dari Tuan Zaba Ahmad (tokey emas), jika anda ingin menjadi saudagar emas kecil-kecilan, anda boleh beli Pendant Bracelet 5g atau 10g guna duit pinjaman PTPTN tu kemudian jual kepada orang perempuan, kat kakak-kakak ke, kat mak ke, kat mak sedara ke, boleh jana lagi duit pinjaman tu. Zaman mahasiswa ni best jadi sebagai usahawan muda, selain menambahkan lagi duit tu, anda dalam sedar telah pun berjaya dalam menggalakkan orang lain untuk menyimpan emas demi masa depan

Wednesday, October 28, 2015

Tahukah anda? (Episod 1)

Israel negara haram sudah lama mempunyai emas mereka, baru2 ini mereka memperkenalkan dinar emas mereka, kenapa mereka mengeluarkan dinar emas? Untuk apa? Untuk perhiasan...tidak. Ini tanda2 bahawa duit kertas sudah berada ditahap penghujung & tunggu masa utk dilenyapkan.
kesan seterusnya ialah…dengan pengenalan Dinar emas Israel ini menandakan dunia kewangan global akan sekali lagi akan mengalami transformasi…iaitu memasuki edisi ‘Finale’…sistem kewangan semasa yang berasaskan sistem Bretton Woods akan mengalami KEHANCURAN TOTAL.
Kemudiannya kewangan global akan dikuasai sepenuhnya oleh puak zionis israel…dengan menggunakan Dinar emas israel itulah !
AKHIRNYA…israel akan berada di puncak kekuasaannya sebagaimana yang telah di’janji‘kan !
Ramai umat Islam yg sedar akan hampirnya kemusnahan wang kertas & beli emas sebagai ganti @ simpanan.Yg belum sedar, bermulalah sekarang.
Yang xpercaya, teruskanlah dengan simpanan duit kertas anda. Jgn menyesal..
Simpanlah dari sekarang, kalau boleh, beli emas dengan syarikat islam kita. InsyaAllah ada keberkatan selagi xmelanggar hukum2 Allah

Syiling emas israel yang baru sahaja dipekenalkan



Thursday, October 22, 2015

LBMA

LBMA.
LBMA hanyalah persijilan penarafan syarikat penapisan emas, bukan sijil penentuan ketulenan emas. Mcm ISO 9001 punya persijilan la. Kalau company xde ISO x semestinya company atau produk company tu x bagus.
Jabatan² kerajaan kat M’sia ni byk yg ada persijilan ISO tapi servis bagus ke?
😜
Kenapa powergold tidak memerlukan LBMA utk cek ketulenan emas kita?
Kerana emas kita sememangnya adalah tulen. Utk mendapat kan certificate dari LBMA memerlukan kos yg tinggi. Maksudnya, syarikat perlu membayar kos yg tinggi tahunan utk memperbaharui sijil itu.
Sebab itu adalah sebab syarikat mampu menjual emas dgn harga yg murah.
Emas Powergold juga diterima di luar negara walaupun tiada LBMA. Cuma kita perlu mematuhi prosedur yg pembeli itu tetapkan. Iaitu mereka perlu memotong/membuka seal emas kita utk diuji ketulenan.
Utk persijilan ketulenan emas, cukuplah pakai sijil assayer.
LBMA tu jadi femes sejak garis panduan GST emas Malaysia ada sebut emas pelaburan 995/999 yg ada sijil LBMA yg x kena GST.
Tapi kalau sijil LBMA boleh dipalsukan..macamana kastam nak tentukan sijil LBMA tulen ke tidak..tambah lagi kerja, tambah lagj kos..sape yg bayar kos tu? Dah tentu pelanggan atau end user yg tanggung. Dan sebenarnya LBMA dah x valid utk isu GST sbb semua emas pelaburan iaitu purity 995 ke atas memang x kena GST pun.
So di sini x perlulah kita risau walaupun emas kita xda LBMA. Semuanya tu undang² org buat sebab nak dapat duit dari emas kita. Huhuhu. Ok sekian.😄

😄👆LBMA member pay between 5000-12,000 pound setahun ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­
Setahun 5000pound= RM32,250

Saturday, October 10, 2015

DINAR EMAS – DR. MAHATHIR MOHAMAD

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.
2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.
3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.
4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.
5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.
6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard”. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.
7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.
8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.
9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan “Bank Notes” sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.
10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.
11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.
12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.
13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.
14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.
15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.
16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.
17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.
18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.
19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.
20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.
21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

Thursday, October 8, 2015

RAHSIA KEPENTINGAN EMAS!!!

Assalamualaikum.. Selamat petang semua.. Hr ni nk celoteh pasal EMAS lagi.. Kata tokey emas kn.. So dlm kepala ni emas.. emas.. emas... Hr ni nk share sikit ngn uols semua rahsia kepentingan emas fizikal..
Here we gooooooo....
Ketahui Rahsia Kepentingan Emas Fizikal
1. Emas merupakan satu-satunya matawang yang tidak pernah gagal dalam sejarah penggunaannya oleh manusia selama lebih 5,000 tahun.
2. Emas adalah pelindung kekayaan yang sebenar
3. Emas tidak boleh dimanipulasi, diduplikasi atau dijana semula.
4. Emas merupakan logam berharga yang terunggul di dunia.
5. Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai medium pertukaran di seluruh dunia.
6. Emas adalah stabil dan kukuh walaupun mengalami krisis ekonomi dan inflasi.
7. Emas mudah untuk ditukarkan kepada wang tunai.
8. Emas merupakan pelaburan yang boleh dilakukan oleh sesiapa dan ianya juga praktikal
So, cmne.. Dah yakin dengan EMAS???
Mulakan Langkah Hebat Dengan menyimpan 1 Gram GOLD BAR Yang PERTAMA!!
Kempen Simpan Emas Demi Masa Depan anda Sekeluarga
1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga 1 Kekayaan
Jom join kami sekarang!!!
Bilakah masa yang sesuai membeli emas?
i) Bila anda ada wang ,dan ada kesedaran tentang kepentingan emas. Teruslah membeli dan jangan berlengah lagi.
ii) Beli semasa harga emas turun sedikit (biasanya dalam tempoh 1-3 bulan,anda berkesempatan mendapat peluang untuk membeli semasa harga terbaik)
Ini tidak bermakna siapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi rugi.Tidak rugi selagi anda tidak menjualnya,cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.
iii) Beli secara konsisten setiap bulan.
Peruntukkan sebahagian gaji anda,sebagai contoh 20% untuk simpanan emas. Atau letakkan target
1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 1g mengikut kemampuan kewangan anda.
Tunggu apa lagiiiiii.. Cepat ler pm/wassap2 :-

 Aliff Stokis powergold.biz
017-2537242