Secara majoritinya mahasiswa menggunakan pinjaman PTPTN untuk pembiayaan pengajian mereka. Akan tapi sejauh manakah pinjaman PTPTN ini digunakan dengan berhemah? Pada pandangan saya, kebanyakan mahasiswa menggunakan separuh dari pinjaman setelah membayar yuran pengajian mereka membelanjakan pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Tidak cukup dengan membeli handpone yang canggih-canggih, ada yang belanja awek la, modified motosikal, berfoya-foya, beli barang-barang yang tidak berfaedah dan sebagainya. Sepatutnya perlulah beringat bahawa pinjaman yang diberikan perlulah diuruskan dengan berhemah. Janganlah sewenang-wenangnya menggunakan pinjaman tersebut pada tempat yang tak sepatutnya. Anda sebagai mahasiswa masih lagi, belum lagi tiba masanya untuk anda bergaya dengan benda-benda camni.
Oleh yang demikian, sedikit nasihat dari saya sebagai bekas mahasiswa dan pernah melalui zaman belajar, janganlah anda menggunakan pinjaman PTPTN pada perkara yang tidak berfaedah. Tumpukan kepada pengajian dan gunakanlah wang yang dipinjamkan oleh kerajaan ke arah yang lebih berfaedah serta memberikan hasil kepada anda selepas tamat pengajian nanti.
Sedikit perkongsian dari saya. Saya rasa terkilan apabila tidak didedahkan dengan sesuatu yang bernilai bagi melindungi duit pengajian dari terhakis, anda masih lagi belum terlambat seperti saya. Sebagai mahasiswa, anda perlu bijak menguruskan pinjaman tersebut dengan baik. Contohnya di sini, anda boleh laburkan 20%-30% wang pinjaman setiap semester kepada emas. Mengapa saya pilih emas? Ini kerana emas merupakan aset dan pelaburan yang mempunyai nilai yang tinggi dan selamat. Ok mari kita lihat pengiraan yang saya buat di bawah ini.
Sebagai contoh pengiraan:-
Pinjaman PTPTN setiap semester ialah RM 3500.
20% – 30% dari RM 3500= RM 700 (20%) – RM 1050 (30%) dari RM3500.
Harga 1 dinar emas sekarang (16/8/2012) ialah RM 710.
Setiap semester, laburkan 20% – 30% itu untuk membeli emas. Dalam kes ini, anda dapat membeli dan mengumpul emas 1 dinar setiap semester. Katakan tempoh pengajian anda ialah 8 semester dan jika anda tertib mengumpul dan sabar(berkorban dari berseronok), selepas tamat belajar anda dapat mengumpul sebanyak 8 dinar.
Sekarang ialah tahun 2012 dan anggaran anda tamat belajar ialah pada tahun 2016.Kenaikan harga emas selepas 4 tahun ialah 80% dengan andaian purata kenaikan harga emas ialah 20% setiap tahun.Jadi, setiap 1 dinar emas anda pada awal tahun 2017 ialah, RM 710 x 80% = RM 1278 Anda dah kumpul 8 dinar semasa belajar di universiti dan selepas tamat belajar iaitu pada tahun 2017, nilai dinar emas anda ialah, 8 dinar x RM 1278 = RM 10224.
Nah lihatlah berapa hasilnya setelah anda berkorban sedikit semasa belajar dari bergaya dan membelanjakan pinjaman anda pada tempat yang tidak sepatutnya. RM 10224 telah anda kumpul.Sekiranya anda ingin menggunakan duit setelah bersusah payah mengumpul/melabur dinar emas tadi anda bolehlah jual semula dinar emas tu kepada saya atau Public Gold ataupun mana-mana Kedai Emas yang lain. Ingat..ape yang anda kumpul itu adalah emas.. Jadi, dimana-mana emas ini tetap bernilai dan boleh dijual semula di mana sahaja pada bila-bila masa.
Nasihat saya, kumpullah emas sebanyak mana dan simpanlah selama yang mungkin selagi tidak terdesak untuk pakai duit. Kerana EMAS JIKA DISIMPAN LAMA MAKIN MAHAL.Jika ada apa-apa persoalan, boleh jer email atau call saya terus. InsyaAllah, saya bantu setakat yang boleh.
p/s :- Ini ada cadangan baik punya dari Tuan Zaba Ahmad (tokey emas), jika anda ingin menjadi saudagar emas kecil-kecilan, anda boleh beli Pendant / Bracelet 5g atau 10g guna duit pinjaman PTPTN tu kemudian jual kepada orang perempuan, kat kakak-kakak ke, kat mak ke, kat mak sedara ke, boleh jana lagi duit pinjaman tu. Zaman mahasiswa ni best jadi sebagai usahawan muda, selain menambahkan lagi duit tu, anda dalam sedar telah pun berjaya dalam menggalakkan orang lain untuk menyimpan emas demi masa depan
No comments:
Post a Comment