Wednesday, November 4, 2015

4 Kategori Pembeli Emas..Anda yang mana?

4 KATEGORI UTAMA PEMBELI  EMAS:

1) Untuk tujuan Simpanan
2) Untuk tujuan ‘Wealth Protection’
3) Untuk tujuan Pelaburan
4) Untuk memaksimakan aset

1) Emas bagi tujuan simpanan

➡Contoh terbaik untuk membantu anda faham tentang kepentingan emas adalah memberi perbandingan antara ASB & Tabung Haji dengan simpanan emas fizikal.

➡Kenapa nak simpan dalam ASB? Sebab nak dapat memaksimakan simpanan wang kita.
    Kenapa nak simpan dalam tabung haji? Sebab nak buat simpanan untuk pergi menunaikan      
    fardhu haji.

➡Tahukah anda dengan menukarkan wang kertas anda ke dalam bentuk emas ada dua senario akan terjadi:

1) Simpanan dalam bentuk emas fizikal lebih menguntungkan. Mengikut perkiraan sekurang-kurangnya 3 kali ganda lebih menguntungkan dari ASB. Tak percaya?



2)  Simpanan untuk menunaikan fardhu haji akan mencukupi dengan lebih cepat..  Mengikut perhitungan saya kalau anda simpan 80 gram emas sekarang, insya allah anda akan dapat pergi menunaikan haji dalam tempoh 3 tahun lagi.



➡ Katakan anda ada anak berusia 1 tahun dan nak buat tabungan menggunakan cash RM3,500 bagi tujuan pelajarannya untuk masuk ke universiti 17 tahun kemudian.

Rasa-rasanya cukup ke tak cash RM3,500 + (dividen selepas 17 tahun) bagi tujuan tersebut???

➡bagaimana pula jika anda menukarkan RM3,500  itu ke dalam bentuk emas (sekarang dapat la lepas emas 20 gram),
Rasa-rasanya dalam tempoh 17 tahun akan datang berapa nilai emas tersebut? Cukup ke tak? Tepuk dada tanya selera..


Kategori nya : Orang nak pergi haji, Ibubapa yang menyimpan untuk perbelanjaan anak di universiti kelak, orang yang plan nak kahwin di masa hadapan..


2) Emas sebagai Wealth Protection 

➡Jangan fikir dengan menyimpan wang anda dalam simpanan bank, wang anda akan selamat. Walaupun anda menyimpan wang anda menggunakan 20 lapis peti besi pun wang anda still dapat di curi.

Nama pencuri ini adalah INFLASI! 

➡Untuk pembeli emas kategori ini, mereka tidak peduli tentang berapa percent/peratus kenaikan harga emas setiap tahun. Yang paling penting bagi mereka adalah kekayan mereka tidak susut atau berkurangan disebabkan oleh kenaikan INFLASI.

➡Kenapa pengetahuan INFLASI ni penting? Ok saya beri contoh terbaikkkkk.. Harga minyak! Harga gula! Tarif Elektrik! Semua harga barangan semakin naik mengakibatkan kuasa beli kita semakin susut.

40 tahun yang lepas harga nasi lemak RM0.05 sen sekarang RM2.00. Adakah saiz telur, kuantiti nasi lemak dan sambal semakin banyak? Rasanya tidak...

Kategori nya : Big Company, Millionaire, Orang-orang kaya

3) Emas Bagi Tujuan Pelaburan

➡Di Malaysia, apakah pelaburan yang guaranteed @ memberi jaminan keuntungan lebih daripada 15% setiap tahun? Jawapannya TIADA. Kalau ada pun dah berapa puluh tahun ia beroperasi? Starting je gempak, after few years performance biasa-biasa aja because its still in form of paper money right?

➡Saya nak jadi Fund Manager dalam pelaburan yang saya sendiri lakukan!. Maksud saya di sini adalah segala keuntungan, bila nak withdraw untuk dapat keuntungan dan semuanya saya sendiri yang control

➡Saya ingin pelaburan yang saya buat adalah dalam pengetahuan saya (turun naik harga emas), tempoh saya nak menyimpan ditentukan oleh saya sendiri, berapa percent (%) keuntungan saya sendiri yang decide dan umumkan. Bukannya mengharapkan orang lain yang pegang wang saya dan belum tentu lagi click nya membawa keuntungan. Kalau untung ok, kalau rugi? Sendiri berputih mata..

➡Contoh terbaik adalah kejadian tsunami di Jepun yang lepas. Ramai orang yang mempunyai saham mengalami kerugian teruk! Dalam kes saya, walaupun ekonomi merudum teruk.. emas fizikal selamat di bawah jagaan saya.

Harga turun ka naik, berat emas saya tetap begitu tak terusik dan tak terjejas. Sekarang harga emas dah melonjak lebih tinggi. Bagaimana pula dengan pelaburan yang lain?

Kategori nya : Investor yang play safe, minimum risk, profit besar..

4) Emas Bagi Tujuan Memaksimakan Aset

➡Emas adalah satu-satunya aset yang paling mudah dicairkan ke dalam bentuk wang ringgit berbanding dengan aset lain seperti tanah, rumah, bon dan sebagainya.

Anda pergi arrahnu bawa emas & tak sampai 15 minit anda dapat menggunakan Ar-Rahnu untuk menukarkan emas tadi ke dalam bentuk wang ringgit. (Pajak Gadai)..

➡Kalau aset lain at least memakan masa berapa lama? Seminggu, 2-3 minggu??

➡Contoh terbaik adalah perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri.. Tak semua orang dapat bonus sempena perayaan ini kan? Ada yang terpaksa mengorek simpanan mereka untuk membeli keperluan Hari Raya ini malah ada yang sanggup berhutang. Tahukah anda jika ada emas di tangan, anda akan dapat solve problem ini!

➡Katakanlah anda memerlukan RM5,000 setiap tahun untuk tujuan sambutan perayaan (baju raya sefamili, kuih-muih, daging, ayam, satay, kek lapis sarawak, langsir bla bla)... tak habis list.. Masalah ini akan selesai kalau anda ada emas seberat 50 gram atau 20 gram (ikut kesesuaian bajet anda), pergi Agrobank dan buat pajakan maksima sebanyak 65%..

➡Settle perbelanjaan raya anda.. Emas 50 gram dalam pajakan tu nak settle mcm mana? Di sini anda ada masa selama 11 bulan untuk tebus balik emas tersebut (perlu dalam RM500 sebulan)..  Rugi ke tak? OO kak oi, mana ada rugi.. Dalam tempoh tersebut harga emas itu turut mengalami KENAIKAN & selepas tebus dapat lagi digunakan untuk perayaan tahun seterusnya dan seterusnya!

Kategori nya : Doktor, Peniaga, Cameraman, Photographer, Siapa-siapa yang ada business

Best kan emas???


So, anda di dalam kategori yang mana satu?? Tak masuk mana-mana kategori?? Anda kategori orang yang rugi..

No comments:

Post a Comment