Salam semua,
Entry kali ini menceritakan tentang ketulinan emas anda. Biasanya emas ini desebut dalam bentuk Karat (K).Ianya menentukan peratusan emas anda dalam bahan yang ditempa. Biasanya kita dengar 24 Karat,22K,120K,18K,14K.10K dan 9K.
Simbol2 karat ini boleh didapati pada bahan tempaan anda.Biasanya barang kemas mempunyai komposisi 22 karat atau simbol lainnya 916
Untuk barang seperti gelan dan rantai pula,kebiasaanya simbol ini ada pada tempat penyambung gelang (kancing).
Ok,sekarang mari terangkan kepada semua kenapa ada kerat2 ni. Actually, karat ini adalah nisbah pecahan kandungan emas. Contohnya 18 karat adalah 18/24 kandungan dalam bahan tempaan adalah kandungan emas.balance 6/24 adalah bahan campuran lain untuk menguatkan emas itu.
Jika emas itu 24 karat maka kandungan dalam bahan itu semuanya emas. Kita ikut Malaysia nyer term zaman sekarang.
Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas
Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas
Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas
Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas
Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas
Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas
Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas
Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas
Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emasEmas 375 = 9 Karat = 37.5% emas
Bahan-bahan campuran yang lain tidak dinyatakan kerana sesetengah company menggunakan campuran bahan yang berlainan dan itu yang membezakan harga mereka.
Itu sahaja buat kali ini..Zassss!
No comments:
Post a Comment