Benarkah Harga Emas
Akan Naik?
Pelik,
kalau emas tu tak boleh dikeluarkan (dari lombong) sesuka hati macam duit
kertas, kenapa harga emas ada turun naik secara aktif? Bahkan, kenapa harga
emas boleh turun sampai 30% berbanding harga tertinggi tahun 2011 dulu?
Persoalan ni agak membingungkan ramai penyimpan emas. Nak kata harga emas
sentiasa naik, harga emas ada juga turun. Betul ker emas tak boleh dimanipulasi
macam duit kertas?
Alhamdulillah,
misteri ni akhirnya terjawab dalam Gold & Precious Metals Price Outlook Symposium 2014 hari
tu. Ia seminar sehari anjuran Bursa Malaysia pada 28 Jun 2014 lepas di Hotel
Istana. Yang paling menarik, ada 9 topik dibentangkan oleh pakar-pakar dalam
pelbagai bidang berkaitan emas dan perak termasuk pengeluar barang kemas,
pelombong emas, analyst, spot gold trader, dan ahli World Gold Council sendiri.
Misteri Kejatuhan Harga
Emas
Dalam
seminar tu, satu topik hangat dibincangkan oleh ahli panel iaitu kenapa harga
emas boleh crash (jatuh mendadak) pada April 2013? Sedangkan permintaan EMAS
FIZIKAL semakin meningkat, dan supply dari lombong semakin berkurangan termasuk
disebabkan kos pengeluaran meningkat mendadak. Nampaknya pergerakan harga emas
tak seiring dengan permintaan sebenar emas fizikal.
Harga emas 2014 kekal
rendah walaupun permintaan emas fizikal meningkat.
Ahli panel
masing-masing bagi pendapat dan akhirnya mereka semua bersetuju, harga emas
JANGKA PENDEK bukan digerakkan oleh permintaan sebenar emas fizikal, tapi
digerakkan oleh pelaburan “paper gold” atau “emas maya”. Emas maya ni
termasuklah pelaburan-pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank-bank dan
institusi kewangan yang mana emasnya memang tak wujud. Beli emas, tapi cuma
dapat kertas jer.
Peluang Pemilik Emas
Fizikal
Jumlah
EMAS MAYA yang didagangkan mencecah 50 kali ganda lebih banyak berbanding emas fizikal
yang benar-benar wujud dalam dunia sekarang. Tapi untuk jangka panjang, harga
emas digerakkan oleh permintaan sebenar EMAS FIZIKAL. Harga emas turun
sekarang ni sebenarnya ‘rahmat’ bagi pembeli emas fizikal. Kita boleh dapat
aset yang mahal (emas fizikal) dengan harga yang murah.
Emas ni
lagi jatuh harganya, lagi orang beli. Tapi kalau duit kertas, lagi jatuh, lagi
orang lari. Emas bekalannya terhad. Emas tak boleh ditambah pengeluarannya
dengan mudah. Lombong emas ambil masa at least 8 tahun untuk keluarkan gold bar
pertama bermula dari proses exploration. Dan tak pernah ada satu zaman dalam
sejarah manausia, emas dianggap terlalu banyak dan berlebihan di pasaran. Tapi
duit kertas boleh dicetak seberapa banyak yang orang mahu hinggakan duit tu
jatuh kuasa belinya.
Statistik yang
dikeluarkan oleh Thomson Reuters menunjukkan tahun 2013, supply emas fizikal
“tak cukup” 703 tonnes berbanding permintaan. Walaupun supply-nya defisit,
harga emas 2014 turun lebih rendah dari tahun 2013. Ini yang menjadi ‘misteri’.
“I think
the fundamentals (physical gold) will drive the long-term market more than
these short-term events. The fight between pricing from the physical (gold)
market for bullion and that from the “paper market” of futures is showing signs
of discrimination and disagreement, as the physical market is booming, while
prices set by futures are seemingly pressured to go nowhere.
In short,
I think this is a strong buying opportunity“
Kesimpulan
Kesimpulannya:
1. Pergerakan
harga emas jangka pendek yang tak stabil dipengaruhi oleh trading emas maya.
Harga emas turun naik ni sebenarnya bukan ditentukan oleh emas fizikal samada
berbentuk barang kemas, gold bar atau gold coin.
2. Dari sudut
jangka panjang, harga emas akan sentiasa naik disebabkan oleh pengeluaran
lombong yang terhad sedangkan permintaan semakin meningkat. Ditambah
lagi dengan kuasa beli wang fiat (duit kertas) yang sentiasa susut dalam
jangka panjang.
3. Kalaulah
pelabur emas maya minta penyerahan emas-emas mereka secara fizikal, pastinya
harga emas akan melompat naik sebab dagangan emas maya terlalu besar berbanding
emas fizikal yang benar-benar wujud.
Ramai
pakar-pakar percaya, skandal manipulasi ini tak akan bertahan lama. Ia
pastiterbongkar dan akhirnya, harga emas tetap akan didagangkan mengikut demand
& supply-nya yang sebenar. Jadi siapa beli emas fizikal
untuk lindungi kekayaan terutamanya dari bencana kewangan,
jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Yang paling
penting, cuba cek dah berapa gram emas yang kita ada?
Wallahu
a’lam.
No comments:
Post a Comment