alam semua.. Alhamdulillah sihat2 lagi kite ye.. :)
Di kesempatan ni saya nk ucapkan selamat berjuang kepada adik2 yang tengah SPM..student kat IPT2 yang juga tengah exam.. jawab elok2 ok! hehe.. :D
Point 3: Kesan monopoly sistem kewangan Kapitalis terhadap Wang Kertas dan Emas
Ok, mule2 saya sentuh sikit pasal Sistem Kewangan Kapitalis. Sistem ni besar bidang nye, saya pun tak mampu nak cerita semua, cukup la saya kongsi kan sikit ape yang saya faham..
Mengikut sistem kewangan ni, setiap wang yang dipinjam (personal loan..loan kereta..loan rumah..loan modal perniagaan.. dan ape saje jenis loan), perlu dibayar penuh berdasarkan nilai pinjaman, beserta dengan INTEREST (bunga). Bunga ni kalau dalam islam dipanggil Riba'.
Dan kite semua tahu, Riba' adalah haram.. So malang lah bagi kite sebab boleh kate hampir semua negara di dunia ni mengamal kan Sistem Kewangan Kapitalis.. Tanya diri sendiri, kalau kat Malaysia ni, buat loan dengan bank, mane2 bank la, ade kene bayar interest x?? hehe.. sile jawab sendiri ye. Tapi alhamdulillah, bukan semua..masih ade bank2 kat negara kite ni yang amalkan kaedah Perbankan Islamic.. :)
Balik kat cerita tadi. Ok sekarang kite bayang kan ade sorg mamat ni die pergi bank, pastu buat loan.. loan 10k, ambek 10 tahun.. interest rate = 5% setahun. So 5% kali 10 tahun = 50% total interest..
50% x 10k = 5kTotal kene bayar balik kat bank =Jumlah loan + interest = 10k + 5k = 15k
(Kira2 ni hanya contoh saje, rate sebenar boleh refer kat bank)
Ok, tu kalau sorg.. pinjam 10k je.. cuba anda bayang kan, boleh kate setiap hari, ade je orang keluar masuk bank nak apply loan.. macam2 jenis loan yang ade lah. nak beli kerete.. nak beli rumah.. nak buat bisnes.. nak kawin.. dan mereka semua ni apply loan besar2.. kalau dah beli kete atau rumah, mane dapat 10k... paling busuk pun mesti nak apply 80k untuk kerete.. kalau rumah, mesti 200k ke atas...
Pada masa yang same, dalam sesebuah negara, wang kertas yang ade banyak tu je..wang kertas hanya berlegar2 burtukar2 hak milik. Orang cakap ade flow.. duit tu mengalir ke sane sini disebab kan urusan jual beli yang berlaku..
Pasal cerite interest tadi, loan2 yang diorang semua buat ni, dah tentu kene bayar dengan interest nye skali kan?? Tapi, duit2 yang ade dalam negara banyak tu je..So sekarang saya nak tanya, mane datang nye duit2 yang berfungsi sebagai interest ni tadi?? dari mane datang duit untuk bertindak sebagai bunge/riba' tu??
Untuk lebih faham, tengok kat rajah yang saya buat kat atas ni. Nampak tak kawasan yang berlorek?? tu lah jumlah tambahan yang kite kene bayar kat bank sebagai interest.. Jumlah yang kene bayar balik lebih besar dari jumlah yang dipinjam!! ini baru kes untuk sorang. kalau dah beratus2 atau beribu2 orang buat loan, makin luas la kawasan yang berlorek tu. Yang jadi soalan sekarang, mane datang nye wang tambahan tu??
Jawapan nye: Kerajaan kene print lagi banyak wang..!!
Sekarang faham tak? Sistem Kapitalis telah menyebabkan sesebuah negara perlu mencetak lebih banyak wang dari tahun ke tahun..semata2 untuk menampung interest tadi..So sekarang nampak tak?? wang kertas sangat mudah di monopoli.. kalau tak cukup, print je.. tak yah susah2.. Masalah nye, apa akan jadi kalau duit kertas semakin bertambah dari tahun ke tahun??
Jawapan nye: Wang kertas akan semakin susut nilai.. dan ini membawa kepada kenaikan kadar inflasi..!!
Lebih teruk dari ni, bile sesebuah kerajaan yang tak bertanggungjawab memerintah, pencetakan wang kertas akan semakin berleluasa. Dan hal ni akan menyebab kan Hyperinflasi berlaku.. wang kertas akan susut nilai gile2 sampai jadi tak laku..orang dah taknak terima..perghh... bahaye giler.
Sejarah hyperinflasi:
- Kerajaan Perancis - tahun 1715
- Republik Weimer Jerman, 1922-1923
- Hungary, 1945-1946
- Chile, 1971-1981
- Peru, 1988-1991
- Angola, 1991–1999
- Yugoslavia, 1992-1995
- Belarus, 1994-2002
- Mexico – tahun 1994
- Argentina – tahun 2001
- Zimbabwe - 2000 sehingga sekarang.
Keadaan Hyperinflasi di Zimbabwe sekarang..
Kadar Inflasi di Zimbabwe.. di Malaysia = 5 - 7% saje..bandingkan..
Gaji sebulan kat Zimbabwe.. kire ikot timbang kilo je
Budak pegang duit banyk2 tengah2 jalan takde sape nak rompak.. duit tak laku
Duit 100 billion boleh beli 3 bijik telur je..giler.. :P
Info lanjut untuk cerita Hyperinflasi boleh klik sini
Alhamdulillah.. Malaysia tak sampai tahap ni lagi. Tapi, mustahil ke akan berlaku?? Bank Negara pun tak mampu untuk berjanji bahawa Ringgit Malaysia akan kekal bernilai sampai bile2.. semuanye bergantung kepada keadaan sosio-ekonomi dunia.
Saye harap anda boleh nampak sekarang.. yang sebenarnye wang kertas sangat mudah dimanipulasi.. lebih2 lagi oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Kronologi mudah:
Sistem Kapitalis --> Interest --> Kerajaan cetak lebih banyak wang kertas --> Inflasi --> Hyperinflasi --> Wang kertas semakin susut nilai --> Kuasa beli semakin berkurangan --> Kerugian besar bagi orang2 yang menyimpan wang kertas..!!
Emas
Emas pula, sangat2 susah untuk dimanipulasi.. emas tidak boleh dicipta sesuka hati. Tiada seorang pun ahli kimia kat dunia ni yang boleh buat formula untuk hasilkan emas. Emas hanya boleh didapati dari dalam perut bumi. kene melombong la senang cerita. dan kalau anda nak tahu, supply emas global sejak 5 - 10 tahun lepas adalah purata 2 - 2.5% sahaja!!!
Sedangkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari tahun ke tahun.. so nampak tak kenape emas boleh naik harga..?? ni lah salah satu sebab nye..
Tiada seorang pun kat dunia ni yang mampu memanipulasi emas.. ini lah yang memberi jaminan kepada penyimpan2 emas..mereka akan selamat. i'Allah.. :)
Sesungguh nya emas tidak perlukan janji oleh sesiapa dalam dunia ini. Nilai emas ini sudah dijanji kan oleh Allah S.W.T. dan Rasul nye, Muhammad S.A.W. Ia akan kekal bernilai di dunia sehingga ke hari akhirat.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpan lah Dinar (emas) dan Dirham (perak) (untuk digunakan)" (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
Buat lah keputusan sekarang... kekayaan yang disimpan dalam bentuk wang kertas dah tak selamat.. kalau anda ade wang simpanan, tukar kan lah semuanye kepada emas.. jadi nilai nye akan kekal malah jadi semakin mahal..
Call / sms saye kalau dah berhasrat untuk simpan emas.. :)
No comments:
Post a Comment